INTRODUCTION #TEAMINSPIRITGILA on Monday 17 December 2012 | 12/17/2012 09:06:00 pm | 3 comments
                  Assalamualaikum & Annyeonghaseyo




Akhirnya blog #TeamInspiritGila telah siap. Beri tepukan yang gemuruh kepada admin-admin blog yang bertungkus-lumus mengedit blog ni. /flip selipar/

Segala kekurangan dalam blog ni kitaorang nak minta maaf. Kami hanyalah manusia biasa, yang tidak dapat memenuhi ciri-ciri blog kesukaan anda. Sila hargai segala penat lelah kami. LOL /ayat minta dikasihani/

Seperti yang anda semua maklum #TeamInspiritGila nama untuk Inspirit Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal sejarah #TeamInspiritGila di sini 

Kepada
#TeamInspiritGila yang mempunyai blog bolehlah follow blog ini. Maksud sebenar ialah, wajib follow blog ni. Kalau tak follow, besok korang nak keluar rumah selipar dah tak ada. LOL. Sesiapa sahaja boleh follow blog ini tiada hukuman gantung mandatori di kenakan kalau follow blog ni.

Kepada haters, anda tidak di alu-alukan di sini. #TeamInspiritGila tidak memerlukan anda. Kerana anda hanya membuatkan kami lebih popular. Kami tidak minta untuk popular. Bak kata Ceo #TeamInspiritGila Balqis Huda atau dikenali sebagai Si cantik atau nama glamournya Ayahanda
 " #TeamInspiritGila tidak mengejar popular, popular yang mengejar kami"

Ada sesetengah pihak yang keliru dengan 'Gila' dalam Team kitaorang. Definisi 'Gila' dalam team kami ialah kerana perangai kami yang gila-gila terhadap Infinite dan 'Gila' dalam mencipta senjata. Pada 27 Julai 2012, #TeamInspiritGila telah mencipta senjata bernama " Selipar L "di sebabkan peristiwa L tertinggal selipar dalam MV She's Back Japan version.


Berikutan kejadian itu, Ketua Infinite Kim Sunggyu telah melancarkan solo pertamanya. Dalam MV 60 sec. Myungsoo a.k.a L turut berlakon dalam MV tersebut dengan seorang perempuan ditemani Payung bewarna hitam. Payung bewarna hitam dianggap lebih menarik daripada perempuan di dalam MV tersebut. Jadi, #TeamInspiritGila mencipta lagi satu senjata baru yang dinamakan Payung L.


Dan terbaru ini di Melon Music Awards, sewaktu performance Infinite, Hoya menggunakan Berus lukisan dan tulis perkataan Infinite dalam Hanja. Itu juga di jadikan senjata #TeamInspiritGila. Semalam, #TeamInspiritGila menemui senjata baru yang dipanggil Kain Pelikat Infinite berikutan kejadia ahli Infinite Sungyeol, memakai banner Infinite seperti kain pelikat.


Nampak ' kegilaan ' kami ? Inilah yang kami namakan ' gila ' Harap tiada pihak yang menggangap buruk tentang #TeamInspiritGila ini lagi ^^


Ok, setakat di sini sahaja. Sebarang typo dan kesalahan tatabahasa harap di maafkan, kami manusia bukan robot.

LOLAkhir kata Majulah Selipar Untuk #TeamInspiritGila !



Scene dimana L/Abe Myungsoo tertinggal seliparnya XD  ( Eh, anda tak nampak ? Cuba pakai cermin mata, baru anda nampak 8 )



Scene dimana kami #TeamInspiritGila menemui senjata terbaru kami iaitu PAYUNG L XD



Senjata official kami yang ketiga iaitu Pelikat Sungyeol XD. Confirm jualan pelikat di luar sana semakin laku ye ? 


Ppyong :*





Skin made by Yeza리키 and background from subtlepatterns.