Kpop bukan penghalang kejayaan. on Wednesday 19 December 2012 | 12/19/2012 12:31:00 pm | 0 comments
Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo.

Seperti yang anda ketahui. Ramai pihak membuat fitnah dengan mengatakan Kpop itu membuatkan kita tidak concentrate dalam pelajaran. Namun, pada hari ini, #TeamInspiritGila telah membuat kejutan dan menyangkal dakwaan yang tidak berasas daripada anti kpoppers. Seorang ahli kami, iaitu Syed Arep telah membuktikan itu dengan mendapat 8A bagi PMR pada tahun 2012. Selain itu, member kami iaitu Ain Dzulaikha Raihan Adnan dan salah seorang admin kami , Kim MyneHazella juga mendapat 8A :D
Malah, ramai daripada member Team kami mendapat 7A ! :D

Pada pendapat kami, setelah kami melihat di Twitter, ramai #TeamKpoppers mendapat keputusan memberangsangkan. Ramai yang mendapat 5A ke atas. Tahniah kami ucapkan kepada #TeamKpoppers yang sibuk berfangirling mahupun berfanboying tetapi tidak pernah melupakan pelajaran. Tahniah Tahniah.

Kami berharap ~ agar 98-liner dapat membuat kejutan sekali lagi seperti mana korang buat sewaktu UPSR 2010 . Kami berdoa agar kamu semua sentiasa maju jaya dan dapat membanggakan #TeamKpoppers and #TeamInspiritGila seperti mana sunbae sunbae a.k.a oppa / unnie / noona / hyung kita buat sekarang ~ Majulah selipar untuk #TeamInspiritGila dan majulah #TeamKpoppers untuk menaikkan nama #Kpoppers ~

Kami pasti, ramai lagi #TeamInspiritGila yang belum dikenal pasti mendapat 5A keatas ~ Apa apa pun, kami ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada korang semua. Keep it up guys. Sekarang tunjukkan kepada mereka time SPM pulak.

Kepada yang tidak dapat keputusan yang tidak memberangsangkan , jangan risau. SPM penentu segala-galanya. Ada iktibar disebalik keputusan untuk itu.

Sekian Terima Kasih ~


Gambar di atas credit kepada abang kepada Syed Arep, Syed Azim , beliau juga seorang #TeamInspiritGila :)



Skin made by Yeza리키 and background from subtlepatterns.