Happy New Year! ^^ on Tuesday 1 January 2013 | 1/01/2013 10:01:00 pm | 0 comments

Assalamualaikum & Annyeonghaseyo

Hallor adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik, pakcik, tokwan, etc. wah wah hari ni dah masuk tahun baru ye. Happy new year! ^^ mesti semalam tepat pukul 12 korang busy main bunga api pom ping pom ping kan. tak pun korang busy wish sana sini. eh entah-entah ada yang sambut tahun baru dalam mimpi hehehe :p cik minmin pun busy sangat melayan abe-abe main bunga api =_= terasa masa berlalu terlalu pantas kan. pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2013. so #TeamInspiritGila yang disayangi sekalian, korang kena tanam azam baru dalam diri korang untuk terus maju dalam semua aspek. jangan sekadar baju and barang-barang sekolah je baru :p kita kena berazam untuk jadikan tahun 2013 ni tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


oh yeah so besok 2/1/2012 majoriti negeri dah start sekolah secara rasminya kan. lepas ni sibuk lah dengan hal-hal sekolah pulak. akak-akak yang masuk u pun cik minmin tengok sekarang busy dengan exam and etc. apa-apa pun jaga kesihatan. teruskan usaha dan wujudkan semangat yang tinggi dalam diri kita untuk menghadapi cabaran 2013. semakin umur kita meningkat tua, semakin banyak cabaran akan kita hadapi kan. takpe, Allah selalu dengan kita. eh cik minmin ni dah macam kasi ceramah agama pulak =_= yelah. ini ceramah pendek sempena menyambut kedatangan tahun baru.


cik minmin doakan semua urusan korang berjalan lancar sepanjang tahun 2013 ni. bagi yang akan menghadapi peperiksaan awam tahun ni, belajar betul-betul sejak awal tahun tau. yang lain pun sama lah. jangan terlalu leka dengan hiburan ni sampai lupa pelajaran. buatkan mak dan ayah kita bangga :D cik minmin sudahi entry ni dengan sedikit pantun ye.


Bina perahu si batang getah,
Agar tidak perlu bangun semula,
Andai takut karam dan jatuh,
Usaha dan doa jangan dilupa.



by ; weenjoe



Skin made by Yeza리키 and background from subtlepatterns.